Bukan mahu kata berubah itu mudah,
tetapi mahu istiqamah juga sama payah.
Jadi, bertahanlah.
Bertahanlah untuk Jannah.
dan bila kita ketawa,
begitu ramai yang disisi, bersama-sama.
dan bila menangis,
kita bersendirian, tanpa sesiapa disisi,
di malam yang sunyi,
air mata mengalir laju di pipi.
sendirian, berteleku, bermonolog dari hati,
terus ke Rabbi.
T_T
belajaq la bahasa quran ni oke? ^_^
Moga Allah rahmati teman saya (yang berniqab cokelat itu) dan didakap selalu oleh Tuhan Yang Maha Pengasih.
Sungguh, saya dan dia berkongsi masalah yang hampir sama. Biarlah langit nan biru, ladang zaitun, alam sekitar dan Allah menjadi saksi..gugurnya air mata kerana ketidakmampuan seorang hamba menanggung beban di jiwa T_T
-terima kasih meksyi-
Kebelakangan ini, diri diuji Tuhan dengan segenap perasaan. Lebih-lebih lagi, rasa cemburu sehingga menyesakkan dada.
Kenapa ye kita manusia ni mudah sangat nak kejar, tarik, perhatian manusia..tapi kita ‘tak berapa nak ada’ perasaan mengejar perhatian Tuhan ? Walhal, perhatian Tuhan itu yang paling penting untuk dikejar berbanding yang lain. Perhatian dari Tuhan itu amat bermakna lebih-lebih lagi untuk kehidupan akhirat.
Cemburu yang ada, kesan dari perasaan ‘rasa memiliki’ seseorang. Walhal, kita semua ini milik Allah belaka…
Saya teringat nasihat seorang saudara dunia akhirat..
“Yang kita nak cemburu berpahala.”
“How to cemburu berpahala?”
“Doakan mereka. Mereka tak buat dosa kan?”
“Tak..T_T “(mata dah bergenang airmata)
“Silaturrahmi mereka itu pahala. So, doakan mereka sentiasa bersilaturrahmi”
Mohon doanya teman-teman, agar saya cepat stabil dengan urusan mujahadah sama Tuhan. Saya mahu agar Allah ganti cemburu saya, dengan kekuatan lain. Saya mahu mengejar Tuhan, berbanding mahu mencari perhatian makhluk lain.
Doakan, agar saya ikhlas dalam bersilaturrahmi dan bersaudara.
M.U.J.A.H.A.D.A.H
Divine Light Academy Las Pinas.
Polytechnic university of the Philippines.
Canossa Academy Calamba.
Canossa College San Pablo City.
University of Santo Tomas.
Assumption College Makati.
Nur Hidayah Integrated Islamic Senior High School
TK Bhayangkari Pemalang Indonesia
Gadjahmada University, Indonesia
Bandung Institute of Technology , Indonesia
Universitas Sriwijaya, Indonesia.
Sriwijaya University, Indonesia
Ostfalia University of Applied Sciences
Binus University, Indonesia
Al-AlBayt University, Mafraq, Jordan
menarik untuk dibaca dan direnungkan… ^_^
A man teaching his son to read Quran in one of the mosques in Muscat, Oman.
Taken by Hussain Al Bahrani
khairukum man ta’alamal quran wa ‘allamahu [Bukhari] ^^,